Monday, September 15, 2008

Ramadhan Dan Syawal

Assalammualaikum semua. Bersempena dengan bulan yang mulia nie, terlebih dahulu kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa". Agak-agaknya tahun nie hubungan antara kita sekeluarga dah mula nampak macam renggang sikit...banyak sebab yang nak dihuraikan di sini tapi, takut pulak ada yang terover sensitif pulak. So, kita semua dah dewasa, lu fikirlah sendiri...
Anyway, buang yang keruh ambil yang jernih...kitakan adik beradik semua. Semua dari perut yang sama...jadi janganlah ada di kalangan kita yang suka membeza-bezakan antara satu sama lain. Janganlah kerana sipolan tu tak berapa ada duit, kita pinggirkan dia...tak mesra alam betul.
Kekayaan kita tu bukannya boleh di bawa ke kubur pun. Kalau ada yang terasa tu, maaflah. Tujuan aku cuma satu...kita adik beradik biarlah sepakat dalam apa jua yang kita buat. Kalau pun terasa susah kita nak 'join' dengan satu pihak yang lain, cuba kenangkan satu masa dahulu ketika kita pernah susah, ada tak sipolan tu nolong kita?
Ada tak dia cuba membantu kita? Kalau pun tak dengan wang ringgit, dengan tenaga pun sekurang-kurangnya dia pernah juga membantu kita.
Apa pun janganlah kita lupa akan jasa-jasa orang pada kita. Bagai dikata...Aphe adhe padhe jashe huh? Ohh...dulu masa kau sakit mau mampus, siapa yang operate kau? Aku Dr. Labu... Kalau aku tau ini macam kau punya perangai...dari dulu aku sudah kasi kau satu injection, kau goal al-di bawah...
So, bergembiralah semua menyambut hari raya yang bakal tiba nanti ehhh...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

0 ulasan: