Tuesday, July 22, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah

Salamxx...tajuk macam dalam tv plak.
Apa pun .. walaupun blog nie taklah seberapa canggih seperti yang lain-lain, sekurang-kurangnya nielah hasil titik peluh keringat semasa 'menular' kat opis.

Kat sini juga kami telah meng'upload'kan beberapa gambar dari simpanan kamera digital kami yang telah di kategorikan sebagai remote astro (takpe...yang penting benda free) dan walaupun tak secanggih kamera digital yang berjenama, kami tetap berbangga kerana gambar yang telah dirakam taklah mengeluarkan gambar kambing atau yang sewaktu dengannya. Maklum jelah, kami nie bukan dari kalangan kelompok 'elit'.

So, harap-harap janganlah ada yang terasa dengan statement nie. Apa pun kita di sini bukanlah nak menunding jari atau dengan erti kata lain, membalas dendam atas kutukan yang diterima. Kalau kami boleh senyum bila kena kutuk, takkanlah bila kita kena tegur pulak, kita dah nak melenting. Tak gitu?

Kalau tak sudi nak nengok lagi blog nie, kami pun tak paksa. Walau apa pun, kita kenalah beringat selalu, kita berpijak di bumi yang nyata. Walau di mana pun kita berada, kita masih lagi berada di bumi Allah. Melainkan kalau kita dapat pergi ke bulan...tu dah lain cerita pulak.

Anyway, nie dah penghujung bulan Rejab. Kemudian muncul pulak bulan Sya'aban dan selepas tu datang pula bulan Ramadhan yang mulia. Cerita pasal Ramadhan nie, terkilan gak lah tahun nie terpaksa berpuasa di Kemaman. Apa boleh buat..Apa-apa pun selamat berpuasa kepada semua. Ayah, emak dan adik beradik semua, termasuklah ipar-ipar sekelian. Tak lupa gak untuk anak saudara yang panjang berjela kalau nak list down kat sini.

Bila cerita pasal anak saudara nie, sekarang dah start nak kena list down satu persatu. Maklum jelah hari raya bakal menjelma nanti. Tak boleh nak postponed dah..raya tetap tiba. Jadi, kenalah calculate berapa ramai anak saudara. Ermmm....kalau mengikut perkiraan adalah dalam 16 orang. Boleh tahan juga ramai.

So, kenalah standby apa-apa yang patut. Kadang-kadang bila cerita pasal raya nie, macam-macam cerita kelakar kita boleh kaji. Contoh, bila part nak beli baju raya...hahahahaha...part nie yang paling best nie..bila kita pergi ke shopping complex atau bazar-bazar Ramadhan nie, kita perhatikan betul-betul...yang over excited nak beraya nie sebenarnya bukan anak-anak tapi mak bapak...termasuklah kami sekali. hehehehe...

Tapi, yang terlebih excited, isteri kita lah. Tak percaya, pergilah kira berapa helai baju dia beli untuk raya. Kalah anak kita. Tu tak kira lagi nak set rambut, kaler rambut, rebondinglah...dan macam-macam lagi. Bak kata pepatah 'biar papa asal bergaya'.

Bukannya nak mengejek atau memperlekehkan golongan isteri, tapi kadang-kadang kelakar pulak rasanya. Apa pun selamat hari raya kepada semua. Kalau ada salah silap, harap dimaafkan. Wassalam.

1 ulasan:

Naziera Batrisya said...

ade lg yg tertinggal...
kalu nak dkt raye, sang isteri kena wat facial sbb 'jururawat' dh mula tumbuh.kalu tak kn complain dgn sang suami.

lagi, kena wat 'SPA Q' sbb nak lembutkn,putihkn kulit. kalu kewangan tak mengglakkan kenalah buat sendiri kat rumah sbb byk duit raye nak kasi kat anak sedara.
jadi, sang suami jgn bising kalu isteri berjam2 kat bilik air.