Thursday, May 28, 2009

Updated

Dah lama sangat kitaorang tak update blog nie...bz teramat kot...
So, citer skitlah...kami dah pindah ke rumah idaman di Kulaijaya...
Taklah mewah sangat..tapi oklah. Tapi sampai sekarang rumah tak siap-siap.
Renovate pun dah stop sementara. wife pun dah bising, cat pun tak siap-siap sampai sekarang. Hehehehe...kadang-kadang bila balik rumah planning nak cat, tapi bila dah makan, duk melepak depan tv, hampehlah. Berus cat pun tak nampak.Hahahaha...atau buat-buat tak nampak kot. Anyway, sebelum raya nie gerenti siap. Wet Kitchen yang masih dalam pembinaan tu pun rasanya bleh siap kot (thanks to Fali and team, atas usaha dan kerja keras mereka)tak terbayar lagi upah pada Fali (nak dekat raya nanti boleh settle) ...nielah gambar-gambar umah kami(yang sebenarnya show house) muahahaha


Pandangan Depan Rumah IRIS Park, Bandar Indahpura


Ruang Tamu


"Padang Menembak"...muahahahaha


"Bilik Tetamu"


" Ruang Rehat / Makan "

Sunday, December 14, 2008


RUMAH LAMA-KENANGAN


MAJLIS PERSANDINGAN AZHAN DAN FARHANA - REMBAU


MAJLIS PERSANDINGAN ANOM DI TAMAN PERLING
GAMBAR BERSAMA AHLI KELUARGA - RAMAINYA ...


FLOWER GIRLS BERSAMA ANOM DAN KEON (MACAM KENAL JE FLOWER GIRLS TU)


ON THE WAY BALIK JB SELEPAS MAJLIS ANOM DI PERAK


DI KLCC (FAMILY IN RED) NAZIERA KETIKA HARI SUKAN TADIKA IMAN ELC 2008


BATRISYA DENGAN GAYA SANTAI...

Hujung Tahun Dan Tahun Baru

Salamxx...Dah hampir ke penghujung tahun 2008, bermakna dah bertambah lagi setahun usia kita semua...ermmm...dah makin nak senja gamaknya...tapi belum lagi masuk line 'tahlil' takpe..Apa pun, aku sekeluarga nak ucapkan selamat jalan romeo...ehhh salah..selamat jalan tahun 2008 dan selamat datang 2009. Harap-harap apa yang kita hajatkan dalam tahun 2008 dah tercapai sepenuhnya dan kalau belum, boleh cuba lagi tahun 2009. Yang penting usaha. Usaha tangga kejayaan.Harga minyak petrol pun dah tetap RM1.90. Takkan turun lagi, cuma boleh naik je. So, kenalah kurangkan brum bram. Kos dah makin naik. Anak pun dah nak naik sekolah. Kenalah jimat cermat. Takleh belanje sakan, kena kumpul duit untuk yuran tadika...huhuhu...tanggungjawab beb.Setidak-tidaknya, bila besar nanti biarlah anak kita jadi orang yang berguna kepada agama dan masyarakat. InsyaAllah.Well, dah kering idea. Sambunglah lain kali plak...Chow..

Monday, September 15, 2008

Ramadhan Dan Syawal

Assalammualaikum semua. Bersempena dengan bulan yang mulia nie, terlebih dahulu kami sekeluarga ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa". Agak-agaknya tahun nie hubungan antara kita sekeluarga dah mula nampak macam renggang sikit...banyak sebab yang nak dihuraikan di sini tapi, takut pulak ada yang terover sensitif pulak. So, kita semua dah dewasa, lu fikirlah sendiri...
Anyway, buang yang keruh ambil yang jernih...kitakan adik beradik semua. Semua dari perut yang sama...jadi janganlah ada di kalangan kita yang suka membeza-bezakan antara satu sama lain. Janganlah kerana sipolan tu tak berapa ada duit, kita pinggirkan dia...tak mesra alam betul.
Kekayaan kita tu bukannya boleh di bawa ke kubur pun. Kalau ada yang terasa tu, maaflah. Tujuan aku cuma satu...kita adik beradik biarlah sepakat dalam apa jua yang kita buat. Kalau pun terasa susah kita nak 'join' dengan satu pihak yang lain, cuba kenangkan satu masa dahulu ketika kita pernah susah, ada tak sipolan tu nolong kita?
Ada tak dia cuba membantu kita? Kalau pun tak dengan wang ringgit, dengan tenaga pun sekurang-kurangnya dia pernah juga membantu kita.
Apa pun janganlah kita lupa akan jasa-jasa orang pada kita. Bagai dikata...Aphe adhe padhe jashe huh? Ohh...dulu masa kau sakit mau mampus, siapa yang operate kau? Aku Dr. Labu... Kalau aku tau ini macam kau punya perangai...dari dulu aku sudah kasi kau satu injection, kau goal al-di bawah...
So, bergembiralah semua menyambut hari raya yang bakal tiba nanti ehhh...
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Tuesday, July 22, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah

Salamxx...tajuk macam dalam tv plak.
Apa pun .. walaupun blog nie taklah seberapa canggih seperti yang lain-lain, sekurang-kurangnya nielah hasil titik peluh keringat semasa 'menular' kat opis.

Kat sini juga kami telah meng'upload'kan beberapa gambar dari simpanan kamera digital kami yang telah di kategorikan sebagai remote astro (takpe...yang penting benda free) dan walaupun tak secanggih kamera digital yang berjenama, kami tetap berbangga kerana gambar yang telah dirakam taklah mengeluarkan gambar kambing atau yang sewaktu dengannya. Maklum jelah, kami nie bukan dari kalangan kelompok 'elit'.

So, harap-harap janganlah ada yang terasa dengan statement nie. Apa pun kita di sini bukanlah nak menunding jari atau dengan erti kata lain, membalas dendam atas kutukan yang diterima. Kalau kami boleh senyum bila kena kutuk, takkanlah bila kita kena tegur pulak, kita dah nak melenting. Tak gitu?

Kalau tak sudi nak nengok lagi blog nie, kami pun tak paksa. Walau apa pun, kita kenalah beringat selalu, kita berpijak di bumi yang nyata. Walau di mana pun kita berada, kita masih lagi berada di bumi Allah. Melainkan kalau kita dapat pergi ke bulan...tu dah lain cerita pulak.

Anyway, nie dah penghujung bulan Rejab. Kemudian muncul pulak bulan Sya'aban dan selepas tu datang pula bulan Ramadhan yang mulia. Cerita pasal Ramadhan nie, terkilan gak lah tahun nie terpaksa berpuasa di Kemaman. Apa boleh buat..Apa-apa pun selamat berpuasa kepada semua. Ayah, emak dan adik beradik semua, termasuklah ipar-ipar sekelian. Tak lupa gak untuk anak saudara yang panjang berjela kalau nak list down kat sini.

Bila cerita pasal anak saudara nie, sekarang dah start nak kena list down satu persatu. Maklum jelah hari raya bakal menjelma nanti. Tak boleh nak postponed dah..raya tetap tiba. Jadi, kenalah calculate berapa ramai anak saudara. Ermmm....kalau mengikut perkiraan adalah dalam 16 orang. Boleh tahan juga ramai.

So, kenalah standby apa-apa yang patut. Kadang-kadang bila cerita pasal raya nie, macam-macam cerita kelakar kita boleh kaji. Contoh, bila part nak beli baju raya...hahahahaha...part nie yang paling best nie..bila kita pergi ke shopping complex atau bazar-bazar Ramadhan nie, kita perhatikan betul-betul...yang over excited nak beraya nie sebenarnya bukan anak-anak tapi mak bapak...termasuklah kami sekali. hehehehe...

Tapi, yang terlebih excited, isteri kita lah. Tak percaya, pergilah kira berapa helai baju dia beli untuk raya. Kalah anak kita. Tu tak kira lagi nak set rambut, kaler rambut, rebondinglah...dan macam-macam lagi. Bak kata pepatah 'biar papa asal bergaya'.

Bukannya nak mengejek atau memperlekehkan golongan isteri, tapi kadang-kadang kelakar pulak rasanya. Apa pun selamat hari raya kepada semua. Kalau ada salah silap, harap dimaafkan. Wassalam.